Skip to content

Mencari dan Menjadi teman yg setia

September 24, 2009

Hidup akan sentiasa diuji. Kadangkala Allah sengaja memberi susah, utk kita lebih kenal ape itu mudah. Allah memberi sakit, utk kita lebih kenal ape itu sihat. Allah memberi sedih, utk lebih merasai ape itu gembira. Kerana sesungguhnya, tidak seseorg itu beriman selagi dia tidak diuji…

Alhmdulillah atas segala ujian.

Hidup ini juga perlu berteman, tetapi tidak dinafikan, penuh dengan dugaan. Dugaan yg akhirnya akan memberi kepuasan.. akan memberi kegembiraan, jika dihiasi ujian dengan kesabaran dan kesyukuran.

Allah, kurniakan lah kesabaran.

Baitussyifa ingin berkongsi sedikit ubat utk hati ttg PETUA BERTEMAN:

Dari Alquran:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ

‘And hold fast , all of you together to the rope of Allah , and do not separate’
(3:103)

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ

‘And the believers, men and women, are Auliya'( friends/supporters/ helpers/protectors) of one another.. ‘ (9:71)

Dari Hadith:

‘You will see the believers in their mutual kindness, love and sympathy just like one body. When a limb complains, the whole body responds to it with wakefulness and fever’ (Muslim and Bukhari)


“You shall not enter Paradise until you believe; and you will not bellieve until you love one another. Shall I not guide you to a thing? Which when done , will make you love one another: Spread the greeting of Salam among you”- (Muslim)


Dari Imam al Ghazali dalam bukunya Ihya’ ulumuddin:

Menurut al-Ghazali, Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya: “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Bukan mudah, tetapi tidak mustahil. Sama2 kita berusaha, utk kebaikan kita bersama.. =) Moga rahmah Allah bersama mereka yg saling berkasih syg keranaNya.

Teman Sejati

Teman Sejati


3 Comments leave one →
  1. matley permalink
    September 27, 2009 4:00 pm

    oh, just the thing i need..jkk..:)

    “Alhamdulillah atas segala ujian..”

    • baitussyifaonline permalink*
      September 27, 2009 4:15 pm

      wa iyyakum..
      moga kita sentiasa maintain hubungan hati kita bro..
      ukhuwwah islamiyyah for life..=)

  2. RashidahIsmail permalink
    November 10, 2010 12:51 pm

    Ya Allah, kurniakan kami sahabat sejati sebagai teman mengharungi hidup ini….

Leave a comment